Sunday, March 13, 2011

Perempuan ke Lelaki?

Hallo. Saya baru balik daripada menziarahi blog shirosiputih. Baru baca entri-entri baru dia. Kalau ikut kan malas nak baca, tapi sebab pakai broadband dia, kena lah buat baik sikit. Orang kata berbudi bahasa. HAHAHA. (bengkek tak mok?)

OK. Straight to Dataran Pahlawan. Aku nak cakap ni sebenarnya. Shirosiputih.
Aku rasa aku pun kayu jugak la. Cuma beza nya kalau tengok cerita sedih aku nangis,kau tak.
haha

Aku nak cakap pasal perempuan. Dari point of view aku.

ehem ehem. ahkk hak (clearing throat)

1)Persetubuhan Haram;

OK,ramai orang akan tuding jari pada perempuan.
"Tu lah, gatal sangat ! kan dah barai ! pastu buang anak dalam longkang ! "

Vavava, seddapp kau cakap kan?

Ok, jom fikir sama-sama.

a) Lelaki : hai awk.. nk kenal bley? awk xxxx kn?

Perempuan yg berhati lembut mesti layan punya. Curiosity tinggi. Rasa diri market sangat. Alah, kawan je apa salahnya. Bukan nak couple punn.

Perempuan: ni spew? dpt no sy dr spew?

mula-mula jual mahal dulu. karang terus layan nampak desprate sangat pulakk.

Lelaki: ni xxxx. dpt no awk dr kwn. nk knal ley tak? kalo xley xpe....

OH MY GOOD CHARLOTTE ! Tolong lahh !

Dah la taip msg STOK LELAKI GEDIK. mmg tak lah kan? Eyeww

Perempuan yg berhati lembut dan bosan akan ters layan lelaki gedik ni.
Akhirnya mula lah perjumpaan pertama

"You bawak lah kawan kalau you tak percaya dkt I"

perh, mulia la konon?

OK, jumpa kali pertama. Baik. Masuk waktu solat pergi smbhyg. Baru la awek percaya kau baik.

Kali kedua jumpa OK lagi, tp dah lupa waktu solat dah.

Kali ketiga ajak overnight.

Overnight kali pertama takde pape. Duduk-duduk tepi pantai. Kocak-kocak air tepi jeti je.
Tahan nafsu lagi. Ayat dah start manis-manis dah. Skrip stok cerita Korea. Baik punya.

Kali seterusnya?

"It's okay. I janji akan bertanggungjawab"

"B, period I dah 3 bulan tak datang. Macam mana ni? "
"Haaaah? Tak kan lah. I pakai la malam tu. You makan kan ubat tu before 'tu'? "

"Perempuan sundal ! Kau main dgn lelaki lain kan? Tak guna punya perempuan"

"Sumpah I setia dengan you. You sorang je yg I pernah"

"Ah, kalau dengan I pun you sanggup sdangkan you tau kita ni haram bersetubuh, tak kan lah dengan jantan lain kau tak main? "

9bulan perempuan memboyot. Mak bapak halau dari rumah.Adik beradik jijik.

Pergi rumah "lelaki mulia tadi"

Kena halau.
Parents lelaki td;

"Macam mana awak nak buktikan anak kami kena bertanggungjawab?"
"TAU TAK, BENDA NI TAK KAN JADI KALAU PEREMPUAN TAK LAYAN"

Perempuan ni tadi pun berseorangan .
Jumpa seorang lelaki yg 'baik hati'

Janji jadi 'pak sanggup'

Oh harapan kembali muncul.

Anak lahir.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oh lahh, lelaki pak sanggup tadi ambil anak tu and jual !

Sudah lah jatuh ditimpa lori.

"Ahhh kau bukannya perempuan baik pun. Kau tu dah tak suci ! dah berdosa besar ! kau ingat Allah nak ampunkan dosa kau?"

"Tak nak bang, tak nak. Saya tak sanggup. Saya tak nak jadi pelacur ! "
" Abanggggggggg"

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Takut tak?

Sumpah aku takut.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Saya mengajak semua yang membaca entri ini. Mari sama-sama berdoa agar Allah sentiasa pelihara AQIDAH,IMAN, dan DIRI kita, adik-beradik,ahli keluarga kita,anak-anak kita, serta keturunan-keturunan kita.

Kita mungkin sekarang ni baik, mungkin sekarang tak layan. Tapi, esok? lusa?
Adakah anda pasti Iman kita akan bertambah atau paling lemah sekali pun, adakah iman kita akan kekal?

Anda pasti ke anda boleh?

Semuanya izin Allah. Jadi sebab tu kena mintak. Mintak denganNYA.
Mintak juga agar kita akan sentiasa mintak denganNYA.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

P/S : Suka Dato' Mizan guna tamsilan pegang botol sama dengan pegangan agama.
Sedih tgk lelaki UiTM yg solat subuh semalam dkt masjid ada 3 SAF SAHAJA.

Nampak lelaki muda pegang botol tu?
Dia memang lelaki. Bukan pondan.
Dia juga bukan Dato' Mizan.

Dato' Mizan bagi contoh semalam.
Kita kan pegang botol 5 jari kan?

5 ,5 tu bayangkan rukun islam

ibu jari : syahadah
jari telunjuk: solat
jari tengah:puasa
jari manis:zakat
jari kelingking:haji

bayangkan botol itu agama.

kalau orang tu tak mampu tunaikan haji. insyaallah 4 jari yg lain td masih mampu mmegang botol tersebut dengan kemas.

kalau oramg itu miskin tidak dapat mengeluarkan zakat, insyaallah 3 jari yg lain mash boleh memegang botol td

jika tidak dapat berpuasa kerana sakit yg mengalang 2 jari lg masih boleh memegang botol tsbt

tapi kalau tidak mengerjakan solat, boleh kah ibu jari sahaja (syahadah) memegang botol tadi? (agama)

syahadah can't stand alone w/o performing your solah.

dengan solat kita mampu mencegah kemungkaran.

jangan pernah berhenti melawan diri dari membuat perkara-perkara mungkar biarpun anda rasa diri anda dah melakukan dosa yg sangat besar sekali pun. pintu taubat sentiasa terbuka.

selagi belum kiamat la.

Tajuk entri tak kena :)

Sekian.

2 comments:

shiracro (^__^) said...

haha . sib baik lah kau reti berbasa basi . ahah . aku suke conth botol tu . tapi tulah yang aku risau . lima waktu tunggang langgang . jom buat subuh jemaah . sure subuh tak tinggal pye .

fatin aiQa said...

Nice entry yang kau buat. :)