Monday, May 24, 2010

Parachute


Apa itu parachute?

bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh google sendiri sebab saya bukan mahu menerangkan maksud parachute atau pun berkongsi pengalaman memakai parachute.


apa yang akan saya taipkan disini tak lain dan tak bukan hanyalah cerita yang saya anggap kelakar dan mahu menyemadikannya disini agar tidak hilang dan luput dari ingatan.


Cerita ini saya kutip dari rakan sekolah menengah saya. Siapa lah yg bagi teka-teki ni kat aku. Aku pun tak ingat. Tah Ammar adhwa ke siapa tah. Sebab bab-bab cerita gila ni mangkuk ni la yang paling teror.

Teka-tekinya berbunyi begini. Tapi korang tak boleh dengar la kan. So baca je.

Samy Vellu (bukan nama sebenar) telah menjemput anaknya pulang dari sekolah. Apa barang jemput anak naik kereta? Beliau telah menjemput anaknya dengan menaiki helikopter hasil daripada penurapan jalan2 di malaysia. Opp. Haha.

Dalam perjalanan pulang, helikopter yang dinaiki bermasalah dan mereka harus terjun daripada helikopter berkenaan.

Semestinyalah, helikopter tersebut dilengkapi dengan alatan keselamatan. Maka mereka diminta memakai parachute tersebut dan terjun dengan segera.

Samy Vellu telah memilih gaya FREE FALL semasa membuat terjunan.

Alangkah sedih rasa hati apabila sesampainya ke tanah, Pilot, Co-Pilot,dan anak beliau mendapati Beliau Syahid.


Punca kematian: Kegagalan jantung berfungsi setelah kecederaan teruk pada rambut. Eh rambut pulak, pada kepala.Pendarahan yang banyak.

Apabila dikenal pasti, maka diketahuilah akan mereka hal ini demikian kerana parachute beliau gagal dibuka.

Maka si anak telah memeriksa parachute berkenaan.






Oh My Guess!




Mengapakah?




Pada parachute berkenaan tertulis perkataan;


'CONVERSE ALL STAR'









Gosh! That is my school bag ;(





Appa, how come you can mistakenly took my school bag instead of the parachute??




(member gua bagi dalam bentuk teka-teki, tapi gua tukar.So berlaku la penambahan rasa disitu)

4 x 4




CERITAS ini saya dapat daripada ayahanda. Ayahanda pula dapat daripada cikgu Tahar.


Ceruta nya begini. Ceruta pulak. Cerita. Ceritanya begini:


Lokasi: Kampung orang asli negeri yang dirahsiakan.
Mangsa: Guru matematik yang dihantar posting ke Kg. Pendalaman Orang Asli




Cikgu Azmi (haha menggunakan nama seorang sahabat yang bakal menjadi guru) seorang guru baru yang berkobar-kobar untuk memulakan kerjanya sebagai seorang pendidik. Sungguhpun beliau di hantar ke kawasan pendalaman,beliau tidak menjadikan ia sebagai satu alasan. Lagi pun beliau semasa di maktab dahulu, di tempatkan di sarawak. So dah biasalah sikit (haha)





Beliau sangat tegas dan berdedikasi (harapnya)

Beliau sering mengingatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa membuat latihan agar mereka lebih mudah memahaminya nanti.


Nak dijadikan cerita. Beliau memandu sebuah kereta FOUR WHEEL DRIVE.


Yelah,kata duduk di pedalaman. Jalan pasti merah,pasti lokuk lokak kan?


Pada Suatu Hari,(lah baru nak mulo?)

sejurus beliau habis bersolat dan hendak ke kelas tambahan petang, beliau mendapati pada bonet kerete nya telah dicakau oleh anak muridnya.

Cakau tu cakar dalam dialek melaka :)


Kan kat bonet kereta four wheel drive ada tulis 4X4 KAN?

anak muridnya,suspek: yang tinggal berdekatan dengan rumah beliau. anak tok batin pulak tuh.
apa yang dicakaunya?


4x4=16 (toing)


adoiyaii. tak pe, tak pe. "balik sekolah nanti aku cat." kata cikgu azmi.


ke esokan harinya, beliau mendapati keretanya dicakau lagi. ;(


ayaiayaiayaiyai...


besoknya,


dicako lagi..


adeh, tak boleh jadi. habih duit aku mengecat je. MAKA




cikgu azmi telah mengupah tukang cat untuk membuat perkataan 4x4=16 cantik-cantik agar anak muridnya tidak dapat menconteng atau mencakau keretanya lagi.




malam itu,cikgu azmi tidur dengan tenang.



keesokkan harinya:





Cikgu Azmi: TIIIIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK




























































Kenapa?



































pada kereta beliau: anak-anak muridnya telah menandakan "rait" *tanda betul pada keretanya sebesar-besarnya dan tulis perkataan BAGUS.


*_*













Thursday, May 20, 2010

Kejadian

Harini dah masuk hari kedua semenjak perkara tu berlaku. Aku tak salahkan sesiapa. aku salahkan diri sendiri. Aku tau memang dari awal, semua salah aku. Aku yang tak berbuat apa-apa. Bila dah jadi macam ni nak salahkan siapa? Sakit memang sakit. Pening? Ya, aku pening. Tapi, aku tak akan berhenti. Aku tak akan mengaku kalah. (dah macam iklan MILO pulak)


Aku tak salahkan Akhmal Aliff kerana berkata " Boleh, kau boleh punya. Among pun boleh buat tak kan kau tak boleh? "

Juga tak akan salahkan dia kerana berkata " Jangan bernafas guna mulut. guna hidung! Kurangkan bercakap! "

Aku tak sangka aku buat akhirnya. Sekali direct. Second time sikit-sikit.

Thanks mama kerana invite saya malam tu.
Akhmal Aliff, terima kasih kerana membel.

Sakit harini sebab;


Saya tak buat cooling down lepas LARIAN 2 ROUND dan JALANAN 3 ROUND.
Tak sangka aku boleh lari satu pusingan tanpa henti. Whooohooo



Aku makhluk 83 kg yang malas bergerak :)



Habis satu pusingan walaupun macam nak mampus lepas tu!