Wednesday, December 8, 2010

Aku tak berapa Melayu ?

Tadi ayah bagi kerja rumah dohh. Homework.

Ayah kata " ambil surat khabar ,tgk rencana Teo Kok Seong. Nanti ayah nak tanya apa dia 7 ketuanan melayu "


I was hah? Terkebek beberapa ketika. Sedang khusyuk tgk skyrunners kat dapur.
Oh okay okay.


Hahaha. Then wa baca surat khabar tu. Gua lupa ape yg ayah suruh baca ha? takpe-takpe, baca je semua. hah, semua la sangat.


tapi gua agak-agak ingat je nama penulis tu. Kadang-kadang kalau rajin gua baca jugak la ruangan rencana tu. Sumpah mmg sangat berat la bahagian tu untuk gua. Tapi kadang-kadang gua PAKSA diri baca. Tahun ni ada la 3 kali kot aku baca. Gahaha

Kalau baca pun tengok tajuk jugak la. Haritu aku baca Ridhuan Tee tulis, tp tanya aku balik aku dah lupa.


Kembali kepada Teo Kok Seong punya artikel. Mmg terbaik la ayat2 dia. Aku tak faham.


Malam pukul 9.32 balik dari makan malam, ayah tanya ; dah baca yg ayah suruh td tu?"

Anak Sulung; Dah, tapi kakak tak faham. Serius x dapat apa yg ayah suruh carik td eh?

Ayah; Pergi ambik surat khabar tu, gariskan isi-isi dia yg ayah nak td.

Anak Sulung; :0 wah sound so seriusss pak


So aku pun pergi la ambik surat khabar kat dapur and baca balik. Bapak ah, tak fahammmm


Ayah; Kolum no 3, perenggan no berapa tah. Cuba baca.


PEHHHHHH, PONING AKU TADI



So nak dijadikan cerita saya akhirnya membuat sesuatu yang berguna tadi. Ngehehehe




NAK TAU TAK? BAGI YG TAK TAU?

APA ITU LEGITIMASI WATAN? KETUANAN MELAYU

(Copied from berita harian online)


Ketuanan Melayu sebagai istilah dan konsep yang dianggap jelik oleh sesetengah pihak itu, sebenarnya adalah legitimasi watan, yakni hak orang Melayu/Bumiputera yang sah, terhadap wilayah yang bernama Tanah Melayu sebagai penduduk asalnya.

Legitimasi watan ini boleh wujud dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yakni penghormatan kepada etnik Melayu sebagai anak watan negara ini yang dimanifestasikan dalam bentuk Raja Melayu selaku pemerintah dan orang Melayu sebagai rakyat. Dalam konteks ini, kata tuan merujuk kepada gelaran Raja/Sultan Melayu yang memerintah, dan Ketuanan Melayu pula adalah pemerintahan oleh Raja/Sultan Melayu.

Dalam sistem Raja Melayu dan orang Melayu ini, yang diperkemas dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, legitimasi watan ini mencakupi tujuh perkara. Pertama bumi yang dihuni ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu sebagai nama Melayunya. Perkara kedua, sebahagian bumi ini disimpan khas untuk orang Melayu dan dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu. Perkara ketiga, keselamatan bumi ini sebahagiannya diamanahkan kepada pasukan tentera yang digelar Regimen Askar Melayu.

Keempat, sistem pemerintah beraja yang dipanggil Raja-Raja Melayu. Perkara kelima ialah Islam dijadikan Agama Persekutuan. Perkara keenam ialah Bahasa Melayu menjadi bahasa negara ini. Yang ketujuh ialah perlindungan terhadap orang Melayu selaku anak watan dalam bentuk Kedudukan Istimewa Orang Melayu.

Dengan ada semua ini, legitimasi watan tetap memberi perlindungan kepada orang bukan Melayu yang merupakan penduduk bukan asal. Mereka diterima menjadi warga negara, layak memiliki tanah, diterima menganggotai pasukan tentera, ikut dilindungi sebagai rakyat Raja-Raja Melayu, dibenarkan terus menganuti agama lain selain Islam, boleh mengajar dan mempelajari bahasa etnik masing-masing, dan dijamin kepentingan absah mereka yang tidak boleh sekali-kali dicabuli.

Adakah semua ini, menunjukkan Ketuanan Melayu itu bersifat diskriminasi terhadap orang bukan Melayu, sehingga perlu disingkirkan daripada Perlembagaan Persekutuan, seperti dikehendaki sesetengah pihak?

Ketuanan Melayu, walaupun dipanggil dengan apa jua nama lain, misalnya legitimasi watan, tetap adalah kelayakan penduduk asal negara ini yang halal terhadap tanah tumpah darah mereka. Meskipun demikian, orang Melayu bersedia berkongsi kelayakan ini dengan orang bukan Melayu, dalam semangat permuafakatan etnik, yang dikenali sebagai kontrak sosial yang kini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.





Poning tak?


Okay gua ringkaskan.


1)Tanah ini dinamakan Tanah Melayu
2)Tanah Rizab untuk orang melayu
3)Regimen Askar Melayu
4)Raja-raja Melayu
5)Agama Islam sebagai agama rasmi
6)Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan
7)Hak-hak dan keistimewaan orang melayu


Nak penerangan tak?


Umm aku cuba la ea. Aku pun tak tau sangat;

Penerangan yg pendek je tau.


1)Malaysia ni harus dikenali dgn tanah persekutuan TANAH MELAYU.

jangan mintak penerangan sangat lah, saya tak pandai sejarah.

*tak tau camne boleh dapat A untuk PMR dgn SPM. Gahhhhaahha
(riak tak ;p )


2)Perlu ada tanah yang di reserve kan untuk org melayu. Pernah tgk x signboard
'TANAH RIZAB' ? kat tepi-tepi KTM ke? ha, tu tanah 'RESERVE' untuk org MELAYU sahaja


3) Tentera-tentera mmg la tak terbatas pada orang Melayu je, tapi kalau
REGIMEN ASKAR MELAYU pulak,

Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Askar Melayu kini mempunyai kekuatan 25 batalion.
Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum.

-Cilok-ed from wikipedia-

*Ni yg berbaris kat depan-depan Raja kalau hari kemerdekaan,yg pakai baju putih samping biru gelap tu yg ada pedang-pedang tuu.


4)Raja sebagai simbol ketua di negara ni. Alah ni kan ada dalam subjek LAW. Tak yah explain sangat la ya? dah mengantuk ni, ZzzZzZ


5)Agama islam sbg agama rasmi ni umum mmg tau kan? kan?


6)Bahasa Melayu sbg bahasa rasmi pun tau kan?


7)Hak istimewa untuk orang Melayu pun tau kan kan? UiTM hak Melayu dan bumiputera antara keistimewaan :)




Nothing Much pun, cuma rasa malu sebagai orang melayu saya tak tau pun legitimasi watan ni

Mr.Teo Kok Seong yg bukan melayu ni lebih tahu malah 'Menyapot' Ketuanan kita ni sendiri sedangkan ada antara kita sebagai orang Melayu yg tak hargai malah menolak kebenaran ni?


MANUSIA MMG SUSAH BERSYUKUR KAN?



Ada tak sehari kita tak minta apa-apa cuma menadah tangan bersyukur atas segala yang diberi? Ada tak?

3 comments:

Ordinary Blogger said...

gggrrr..PENING..

tpi nie smua pasal sejarah n pasal hak istimewa melayu..ehm paham la jugak apa nk disampai disebaliknya..

hehe..

belum pernah lg bsyukur utk sgalenye..hehe

bw. my dear..anda ditagged dalam entry sy..silakan...

http://aqira-andaikutahu.blogspot.com/2010/12/soalan-berantai-penuh.html

Ordy said...

apa itu?

ribenapurple said...

fulamaakkk kau . da mcm bce entry sej da neyh . bpk a . ~~
btw aq pown tagged kau .