Thursday, August 8, 2013

Happy FIRST ANNIVERSARY Sayang

Tak pasti sama ada aku layak ke tak nak post entri ni. Aku tau semua orang boleh dan layak bercakap apa yang dia rasa unless dia "Mute" maybe dia perlu guna bahasa isyarat untuk sampaikan apa yang dia rasa.


Demi sesungguhnya, aku ialah pendosa. Pendosa yang taubatnya berulang hingga dia kadang kala sangsi apa dia betul-betul bertaubat atau dia hanya;




" Takpe dosa boleh taubat, Allah kan Maha pengampun"


"Aku cuma manusia biasa tak lari dari melakukan kesalahan"


"Aku lebih rapat dengan Allah ketika aku melakukan kemungkaran, bermaksiat kepada Allah sbb aku tahu Allah tahu,nampak, dengar, dan tahu isi hati aku"


"Aku cuma manusia lemah tanpa hidayah Allah"


"Berdosa dengan Allah lebih mudah mendapatkan keampunan berbanding berdosa pada manusia"





Tatkala melihat diri dihadapan cermin,



Aku sedar luar aku tidak melambangkan dalaman aku langsung. Pembungkus yang besar dan baik tapi isinya masih busuk dan kotor.


Lantas adik ucapkan



" Jadi, bogel jelah macam tu. Kalau rasa diri tu tak layak pakai tudung tu"



Benar kata-kata adik tu.




Aku malu Ya Rabb.




Aku fasik. Aku tidak mahu menjadi orang didalam firmanMu. Yang siangnya Islam petangnya Kafir. Yang paginya Kafir yang petangnya Islam.








Sungguh aku lemah tanpa ingatan dan bimbingan kau Ya Allah.

Mudah sungguh hatiku bermaksiat.
Mudah sungguh mataku bermaksiat.
Mudah sungguh mulutku bermaksiat.
Mudah sungguh tanganku bermaksiat.
Mudah sungguh kakiku bermaksiat.
Mudahnya aku alpa.
Mudahnya aku lupa.
Mudahnya imanku luka.
Mudahnya aku menipu.
Mudahnya hatiku terselut.
Mudahnya aku takbur mendabik dada.
Mudahnya aku berdosa.


Dalam sekelip mata dipejam aku masih berbuat dosa.
Aku percaya nerakaMu.
Aku percaya azabMu.
Aku percaya janji pedihMu.
Aku percaya balasanMu.



Jadi mengapa aku masih bermaksiat.
Mengapa terus-terusan bermaksiat.
Maksiat terus-terusan.



Betapa kotor hati ini Ya Tuhanku.



Hebat aku berbicara tentang itu. Tentang ini.
Ingatkan kau itu. Ingatkan kau ini.
Beritahu dia itu.Beritahu dia ini.


Aku beritahu apa yang dia ingatkan pada kau pada kau  juga pada kau.
Aku ingatkan apa yang dia nasihatkan aku pada dia pada kau pada kau juga dan kau juga.
Aku lupa, aku tak lupa, aku lupa, aku ingat tapi aku alpa.





Aku pemaksiat yang Allah masih beri hari untuk hidup.
Entah sampai bila aku tak tahu.
Entah sempat taubat nasuha entah aku tak tahu.
Entah apa dosa lagi yang akan aku buat. Entah apa dosa lagi yang aku akan hambakan diri ini.



Jangan mudah beri alasan, Aku tengah berubah lah ni. Aku bukan budak aliran agama.
Dulu aku tak pakai tudung camni. Aku baru je berubah.


Bukan itu alasannya untuk kau lontarkan.





Ya Allah, kau istiqomahkanlah hati ku ini atas agamaMu, atas perjalananMu, atas nama Kau Ya tuhanku.
Aku akan lupa. Kau tahu aku akan lupa. Kau berilah aku,ibu bapa ku, adik-beradik,keluarga,keturunanku serta umat islam yang lain kesudahan yang baik.



Ampunkan Aku Ya Allah. Ampunkan Aku.




No comments: