Saturday, December 11, 2010

Fakta atau Auta Tagged by Cik Rose

25 Facts about Me.

Whoever feels not interested to read this post i understand :)

Oh come on just a glance won't hurt you :p

Some of the facts might surprise you. (might)


1)Obese

2)Malas mandi

3)Music is one of my passions.Can tolerate Ahmad Jais Till The Black Dahlia Murder

4)I'm a home buddy

5) I can't really cook. (Amateur)

6)I have skateboard (spiderman) once terkoyak lutut while skateboarding
(lutut seluar)(^^,). Do not expect skateboarding yg hebat tu. Just setakat boleh bergerak dijalan yg rata sahaja.

7)I don't have chemistry with chemistry subject but i have such a great bonding with My Chemical Romance. I wonder why?

8)Suspect to have Fibromyalgia

9)I suffer (minor) scoliosis. Not literally suffer

10)Frogs and lizards are creepy to me

11)I have scars on my left hand. (I played with iron 18 years back haha)

12)I lived in Jelebu when i was infant. We moved to Seremban when i was 4 years ++

13)I have never be in a relationship with anyone up till now

14)I'm a holder of B2 and D category for my driving licence. Passed D with one try while i failed my B2 category because I WAS 0.03 SECOND FASTER THAN I SHOULD BE ON THE TITIAN MOTOR. Huh Ridiculous kan? 0.03 Sec PUN TAK BOLEH TOLERATE? Luckily i passed on my second try. RM 80 terbang!

(Baru titian motor belum titian siratulmustaqim?)

15)I love purple and red

16)I have Facebook,Twitter,Friendster,Formspring,Mixpod playlist and Facebook millat but i have deleted my Myspace account.

17)When i was little i used to scared of "Jelewet" which i also don't know what it is?

18) I was the 4TH best M-16 shooter for Seremban, 7TH best M-16 shooter for Negeri Sembilan, and i was in NS TEAM when we got the 4th place for National
(Police Cadet)

19)I have;
7 CATS - AWANG
- DOTDOT
- WOWEN
- Baby Putih
- KITTY
- LOLA
- ALLYCAT

My Late cats ;

- CANTEK
- QASEH
- SAYANG
- KELABU

2 AYAM SERAMA ;

- Lekir
- Lekiu (betina haha)

3 Kura-kura :

-Plue (disappeared) name taken from Ranma 1/2
-Han Yoo ill (dissappeared) name taken from Sweet Spy
-Lee Mong Ryong (the only one left know) name taken from My sassy Girl

I used to have more than 100 of rabbits when i lived in Jelebu (seriously)
my favourite was

-Junior
-Botbot
-Squirrel


Rabbits (2009-2010)

Damia (died)
Junior (using one of my favourite late rabbit's name)

Serta Beberapa jenis ikan yg kuantitinya banyak

20)Selalu lupa mana park kereta.

21)Dekat rumah takde motor pun

22)Pernah doakan Gerard Way Masuk Islam (form 2 & form 3)

23)Pernah hilang dekat supermarket. Then after sejam mereka melilau mencari, saya keluar dari celah-celah kain saying "ayahhhh~ dengan gembira" seolah-olah "ahah, i found you ayahhhh"

24)I love cartoon

25)I'll buy Gila-Gila (magazine) every month

Thursday, December 9, 2010

banyak tanya betul!

Name : Know me as ordy. I know i'm not that popular that i don't want to reveal my name it is just you know internet nowadays~ yahaha
Full name : Ordy not orge as cik syaza tot me of
Sibling(s): 2

eye colour : black. but sometimes i listen to this; 'eh mata kau coklat eh?'
Shoe size : depends on the pattern. i have a kembang style of kaki :)
Hair : Black tak berapa black. DULL. ayah kata 'rambut kamu perang ke kak?'
Height : 156 cm (last time i measured lah)
What are you wearing right now :Stripped T-shirt with hood + PINK Seluar yg xberapa panjang

Favourite number : 23
Favourite drink : Coffee, Cappuccino, Mocha
Favourite month : November serta bulan yang ada banyak cuti :)
Favourite breakfast : Fresh orange + Roti bakar + kaya (jarang dapat,plus mst x knyang punya haha :)

-Have you ever-



Broken a bone : not yet and hopefully never

Been in a police car : Not yet, Police truck? Yes. (Police cadet)
Fallen for a guy/girl in a short period of time : Short period? tak. selalunya lama
Swam in the ocean : what ocean? u mean atlantic ocean and etc? setakat pantai and pulau ade la
Fallen asleep in school : Ade. Sekali kot. Kat surau time stayback,then i nampak ada mata kat langsir. Sampai harini tak tau mata siapa.

Broken someone's heart : Never rasanya. Im not a heart-throb. :'(

Cried when someone died: Yes. (Atuk's, wan achek, even drama pun la)
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Nope.
Saved e-mails : Nope.

Been cheated on : Nope.


-What-

Your room look like : This is originally a guest room but me and my sis turned it out to be OUR room. Hahaha and abandoned our Room upstairs.:)))

what does it look like? u mean now? BERSEPAH :) okay we have one queen bed here with pink bedsheet. hahaha. baru tukar. with so many bantal here and there. Haha we also have michan here, wearing a pair of shoes. gagaga


What is right beside you : Which side? on my left there's a bolster. On my right? Nothing

What is the last thing you ate : Ayam marinated yg ayah masak td.(Penyebab kegemukan)

-Ever Had-



Chicken pox : Once. Form 2

Sore throat : I'm having it now + flu + headache + heartache (miss KHJ strong strong)
Stitches : No. But if i'll be able to deliver a baby (in future) then i might had (betul ke ayat?)



-Do You-



Believe in love at first sight : ALWAYS. I REPEAT ALWAYS. But the last one here
(only if you know who... esss,after a month or two baru TER'fall' pulak)
Like picnics? : Hell yeah


-Who-


Who did you last yell at? : Little sissy

Who was the last person you danced with? : Myself. try to imitate on SS501- Love like this, I'm your man, please be nice to me, and SUPER JUNIOR SORRY SORRY. HAHAHAHAHA
Who last made you smile? : Jin Won (Watched my mom ,super mom just now)



-Final Questions-



What are you listening to right now? : Kim Hyun Joong, Please be nice to me :)

What did you do today? :MAKAN,Tv,FB,You-tubing,Blogging,Kim hyun joong-ing, SS501-ing
Are you the oldest? : Yeah and i look old too :( mak cik-looks
Indoors or outdoors? : Honestly OUTDOOR, but i don't have the opportunities. Can it be an exucuse?



-Last person who-

(Xhabis lagi??)



You talked to on the phone ? : Ayah. Asking me to open the gate. hehe

Made you cry? : Tengok cerita My mom super mom tadi. Sikit la. Setitik dua. Time Choi kang buat salah kat mak dia and dia mintak maaf gila-gila tu. :'( yeah yeah yeah call me si chembeng.
You went to the mall with ? : Family and friends
Who cheered you up ? : Family and friends


-Have you-



Been to Mexico ? : Belum. kenapa?

Been to USA ? : You mean America? Hahahahahahaha Belummm :))))


-Random-



What books are you reading right now? : Man and boy. Not yet to be finished
Best feeling in the world? : Grateful and realizing something good

Future kids name? : Nurul Husna Qazreena? He he he he he GATAL

Do you sleep with a stuffed animal? : Yeah. even with a real animal. AWANG

What's under your bed? : Tak de ruang bawah katil. Katil bertutup
Favourite sport (s) : Sepak bola kat dinding again and again and again sampai ayah kata 'kakak, kalau kamu main futsal, mesti org takut. macam bulldozer ! '
Favourite place : Rumah sendiri
Who do you really hate? : org yg biadap
Do you have a job? : Nope. are you offering me one now?

What time is it now? : 11.00 PM.


p/s : with however long it took you to complete this, post as " banyak tanya betul!" and tag 15 people. If not you will be married with someone call ATUK or NENEK.!

The lucky people i tagged are :-

15 orang yang nak buat soalan ni. :) SMART HAH?

Wednesday, December 8, 2010

Aku tak berapa Melayu ?

Tadi ayah bagi kerja rumah dohh. Homework.

Ayah kata " ambil surat khabar ,tgk rencana Teo Kok Seong. Nanti ayah nak tanya apa dia 7 ketuanan melayu "


I was hah? Terkebek beberapa ketika. Sedang khusyuk tgk skyrunners kat dapur.
Oh okay okay.


Hahaha. Then wa baca surat khabar tu. Gua lupa ape yg ayah suruh baca ha? takpe-takpe, baca je semua. hah, semua la sangat.


tapi gua agak-agak ingat je nama penulis tu. Kadang-kadang kalau rajin gua baca jugak la ruangan rencana tu. Sumpah mmg sangat berat la bahagian tu untuk gua. Tapi kadang-kadang gua PAKSA diri baca. Tahun ni ada la 3 kali kot aku baca. Gahaha

Kalau baca pun tengok tajuk jugak la. Haritu aku baca Ridhuan Tee tulis, tp tanya aku balik aku dah lupa.


Kembali kepada Teo Kok Seong punya artikel. Mmg terbaik la ayat2 dia. Aku tak faham.


Malam pukul 9.32 balik dari makan malam, ayah tanya ; dah baca yg ayah suruh td tu?"

Anak Sulung; Dah, tapi kakak tak faham. Serius x dapat apa yg ayah suruh carik td eh?

Ayah; Pergi ambik surat khabar tu, gariskan isi-isi dia yg ayah nak td.

Anak Sulung; :0 wah sound so seriusss pak


So aku pun pergi la ambik surat khabar kat dapur and baca balik. Bapak ah, tak fahammmm


Ayah; Kolum no 3, perenggan no berapa tah. Cuba baca.


PEHHHHHH, PONING AKU TADI



So nak dijadikan cerita saya akhirnya membuat sesuatu yang berguna tadi. Ngehehehe




NAK TAU TAK? BAGI YG TAK TAU?

APA ITU LEGITIMASI WATAN? KETUANAN MELAYU

(Copied from berita harian online)


Ketuanan Melayu sebagai istilah dan konsep yang dianggap jelik oleh sesetengah pihak itu, sebenarnya adalah legitimasi watan, yakni hak orang Melayu/Bumiputera yang sah, terhadap wilayah yang bernama Tanah Melayu sebagai penduduk asalnya.

Legitimasi watan ini boleh wujud dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yakni penghormatan kepada etnik Melayu sebagai anak watan negara ini yang dimanifestasikan dalam bentuk Raja Melayu selaku pemerintah dan orang Melayu sebagai rakyat. Dalam konteks ini, kata tuan merujuk kepada gelaran Raja/Sultan Melayu yang memerintah, dan Ketuanan Melayu pula adalah pemerintahan oleh Raja/Sultan Melayu.

Dalam sistem Raja Melayu dan orang Melayu ini, yang diperkemas dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, legitimasi watan ini mencakupi tujuh perkara. Pertama bumi yang dihuni ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu sebagai nama Melayunya. Perkara kedua, sebahagian bumi ini disimpan khas untuk orang Melayu dan dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu. Perkara ketiga, keselamatan bumi ini sebahagiannya diamanahkan kepada pasukan tentera yang digelar Regimen Askar Melayu.

Keempat, sistem pemerintah beraja yang dipanggil Raja-Raja Melayu. Perkara kelima ialah Islam dijadikan Agama Persekutuan. Perkara keenam ialah Bahasa Melayu menjadi bahasa negara ini. Yang ketujuh ialah perlindungan terhadap orang Melayu selaku anak watan dalam bentuk Kedudukan Istimewa Orang Melayu.

Dengan ada semua ini, legitimasi watan tetap memberi perlindungan kepada orang bukan Melayu yang merupakan penduduk bukan asal. Mereka diterima menjadi warga negara, layak memiliki tanah, diterima menganggotai pasukan tentera, ikut dilindungi sebagai rakyat Raja-Raja Melayu, dibenarkan terus menganuti agama lain selain Islam, boleh mengajar dan mempelajari bahasa etnik masing-masing, dan dijamin kepentingan absah mereka yang tidak boleh sekali-kali dicabuli.

Adakah semua ini, menunjukkan Ketuanan Melayu itu bersifat diskriminasi terhadap orang bukan Melayu, sehingga perlu disingkirkan daripada Perlembagaan Persekutuan, seperti dikehendaki sesetengah pihak?

Ketuanan Melayu, walaupun dipanggil dengan apa jua nama lain, misalnya legitimasi watan, tetap adalah kelayakan penduduk asal negara ini yang halal terhadap tanah tumpah darah mereka. Meskipun demikian, orang Melayu bersedia berkongsi kelayakan ini dengan orang bukan Melayu, dalam semangat permuafakatan etnik, yang dikenali sebagai kontrak sosial yang kini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.





Poning tak?


Okay gua ringkaskan.


1)Tanah ini dinamakan Tanah Melayu
2)Tanah Rizab untuk orang melayu
3)Regimen Askar Melayu
4)Raja-raja Melayu
5)Agama Islam sebagai agama rasmi
6)Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan
7)Hak-hak dan keistimewaan orang melayu


Nak penerangan tak?


Umm aku cuba la ea. Aku pun tak tau sangat;

Penerangan yg pendek je tau.


1)Malaysia ni harus dikenali dgn tanah persekutuan TANAH MELAYU.

jangan mintak penerangan sangat lah, saya tak pandai sejarah.

*tak tau camne boleh dapat A untuk PMR dgn SPM. Gahhhhaahha
(riak tak ;p )


2)Perlu ada tanah yang di reserve kan untuk org melayu. Pernah tgk x signboard
'TANAH RIZAB' ? kat tepi-tepi KTM ke? ha, tu tanah 'RESERVE' untuk org MELAYU sahaja


3) Tentera-tentera mmg la tak terbatas pada orang Melayu je, tapi kalau
REGIMEN ASKAR MELAYU pulak,

Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Askar Melayu kini mempunyai kekuatan 25 batalion.
Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum.

-Cilok-ed from wikipedia-

*Ni yg berbaris kat depan-depan Raja kalau hari kemerdekaan,yg pakai baju putih samping biru gelap tu yg ada pedang-pedang tuu.


4)Raja sebagai simbol ketua di negara ni. Alah ni kan ada dalam subjek LAW. Tak yah explain sangat la ya? dah mengantuk ni, ZzzZzZ


5)Agama islam sbg agama rasmi ni umum mmg tau kan? kan?


6)Bahasa Melayu sbg bahasa rasmi pun tau kan?


7)Hak istimewa untuk orang Melayu pun tau kan kan? UiTM hak Melayu dan bumiputera antara keistimewaan :)




Nothing Much pun, cuma rasa malu sebagai orang melayu saya tak tau pun legitimasi watan ni

Mr.Teo Kok Seong yg bukan melayu ni lebih tahu malah 'Menyapot' Ketuanan kita ni sendiri sedangkan ada antara kita sebagai orang Melayu yg tak hargai malah menolak kebenaran ni?


MANUSIA MMG SUSAH BERSYUKUR KAN?



Ada tak sehari kita tak minta apa-apa cuma menadah tangan bersyukur atas segala yang diberi? Ada tak?

Monday, December 6, 2010

Radiohead - Creep (Cover) by Kim Hyun Joong of SS501



IM GONNA LOVE RADIOHEAD AFTER THIS. BEFORE THIS I DON'T HAVE GUTS TO LISTEN TI RADIOHEAD.THERE'S FEW MALE FRIENDS WHO SUGGEST ME THIS BAND. HAHA, MAMAT AND ARAN; AT LAST I'M GOING TO LISTEN TO THIS BAND. THANKS TO KIM HYUN JOONG <3

Just imagine

This will be my shortest post okay :




JUST IMAGINE HOW HANDSOME KIM HYUN JOONG WILL BE IN BAJU MELAYU ?


*GAHHHHH. MELTING,DROOLING LIKE EFFING CRAZY !






haha. this is not kim hyun joong. this is alexander from U-KISS. gehehe. just imagine how handsome KHJ will be ! yAHHHH

curik this gambar from i-don't-remember-which-blog. credit2 :)

Wednesday, December 1, 2010

Bad and rotten yet sweet

Tadi En. Shuhaimi secara tidak sengaja telah membawa saya ke 8 tahun dahulu. Okay sebelum tu saya nak buat satu pengakuan dulu.

Cik hidayah, saya terkejut anda menjumpai blog-bodoh-tak-seberapa saya ni. Serius, saya malu. Apa-apa pun trimas sebab jadi follower. Secara jujurnya saya memang tak sama dgn apa yg mungkin anda bayangkan. Atau mungkin juga sama. Ya, dikelas saya tak bercakap sangat tetapi ketahuilah hakikat bahawa saya seorang yg banyakkkkkk cakap. Di samping itu saya juga ada masalah tak boeh tak mencarut. Ummm. Saya sedang cuba berubah. Yeah im tryin fucking hard. Opss did i just swear again? Damn it :)

Saya juga sebenarnya lebih suka orang tidak mengenali diri saya dan saya juga telah menjadikan blog ini sebagai satu escapism terbesar saya buat masa ni.

I'll write whatever crap i like, i'll express almost 50% of my emotions here. That is why i'll go gelabah when people read my shits.

As the title given it is thoughts and shits normally the thoughts could be the worst shits but that's it. I'm the fool who write shits.

If there's a reader out there i'm very sorry to let you to read My Shits. Mianhae


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Okayy mari kembali ke pangkal jalan.

AMARAN: Saya cakap td yg saya tak nak org tau pasal saya tp kat sini saya nak
membocorkan beberapa bahagian drama dlm hidup saya. Kenapa? Sbb saya terasa
nak cerita.
NOTE: I'll only write when i feel to, jd kalau nmpak 'entri bodoh' itu adalah
kerana saya memaksa diri utk update sesuatu dan bukannya ikhlas.



Lebih kurang 8 tahun yg lalu, (treneneng neneng neneng; sound effect flash back)


saya bersekolahagama di sekolah agama rakyat taman marida. Pengetuanya pada waktu itu ialah ALLAHYARHAM Ustaz Mansor. Beliau merupakan jiran saya. Selang sebuah rumah sahaja daripada rumah wan.


Masa mula-mula masuk sekolah agama, gua darjah empat waktu tu. Sumpah mmg gua malas, gua mmg jahat. Gua tak suka pegi sekolah agama. Penat laa. Balik je sekolah pagi, makan tengah hari, tidur kejap then nanti mak kejut mandi. Dah la kena pegi jalan kaki, pehh panas2. Dah la lorong nk ke masjid tu gila scary dgn rumah tinggaal kat tepi tu gila tak kondusif la. Aku yg tak berapa nak berani ni mmg selalu terbayang-bayang benda tak baik. Gila negatif lahh. Tau tak dlm rumah kosong tu ada conteng-conteng dekat dinding ' aku cium peluk kau '


Nak mampus? Memang wajar la aku takut kan? kan? kalau kau seorang budak perempuan yg berusia 10 tahun takut tak? takut tak? Takut doh.

Aku mmg penakut dan naif. Gahahaha NAIF kah?


Okay, okay 8 years back i was a kid who always wanted to have fun. That's it. FUN.
Isn't it fun to have fun? Funny Hhaha :)


Perkara pertama dlm kepala hotak aku bila sampai je kat sekolah ;

Berapa jam lagi before balik ?

Mengantuk sangat sebab aku tak minat belajar agama time tu. Nauzubillah.
Tp serius waktu tu aku lg prefer pg sekolah petang (sek.rendah) utk pegi bersukan.
Petang-petang kat sekolah ada sukan. Samada latihan rumah sukan atau mmg sukan2 tertentu. Time tu aku sangat suka bersukan. Tak tipuu. Time tu boleh lari berapa kali padang pun aku tak kisah. SEKARANG? Sumpah satu padang pun aku dah gila rabak semput. Gemuk sangat dahh sekarang ni, Dulu tak la gemuk cenggini tp still gemuk jugak. *aku tak pernah kurusdaripada dulu. OPP bukan TAK PERNAH. (BELUM) bukan tak pernah tapi BELUM. saya ulang BELUM :)))


So nak dijadikan cerita gua selalu la ponteng sekolah agama. Samada pura-pura tidur tak sedarkan diri sengaja tak nak pergi sekolah agama atau SERONG. Ya, seawal 10 tahun lg aku dah serong. Tp serong tu tak la pegi mane. Pegi sekolah rendah je. Pergi sana tengok org bersukan. TGK ORG MAIN PING-PONG. TGK ORG MAIN BADMINTON.

Agak-agak time asar dah masuk pgi sekolah agama balik. Tapi tak pegi sembahyang pun.Mengaku peot. Duk dalam kelas je then gi beli belah kat kedai ustazah zainab dgn ustazah apa ya lagi sorang tu. Ustazah putih2 sejuk je muka dia.

Hidup2 aku tipu ustazah tu kata aku dah datng haid. Dah la ponteng kelas kata ada hal kat sekolah rendah. (ustaz/ustazah selalunya benarkan)

Ye ye je ustazah ingat aku ni aktif, selalu pegi sekolah konon-konon ada hal then konon-konon aku ni matang sbb dah period. BAHHHHHH. gila jahat aku dulu.


Aku ingat Luqman pernah ckp ' kau tipu. kau mana dtg haid lagi. kau malas nak sembahyang kan? kalau kau dah haid mesti muka kau banyak jerawat'

hahahaha. kantoi je.

aku pun tak ingat ape jawab balik kat dia. Luqman dolu-dolu lagi nakal. Kelakar gila rabak pun ye jugak. Tapi sekarang dia TAHFIZ laaa gila. Tak salah aku cik jah kata dia kat Mesir ke Jordan mana tah.

Yg tak boleh bla, umi dgn ayah kalau jumpa dia mst cakap : td umi nampak menantu kat masjid. LALALALA~

itu kawan kakak la mi, dah lama kot tak contact dgn dia sejak habis UPSR dulu lagi.


Kembali ke Sri Pentas;

Perkara-perkara bangang tapi seronok dan insyaallah aku tak lupa ;

1) (Aku suka gila time ni ) Sebab selalu senyap-senyap ponteng sekolah agama, pegi lepak library tgk Ezzah jd pustakawan, cikgu sanizah offer aku jd librarian jugak. Tp aku x isi borang pun, takut umi marah. So ada la aku jd Librarian dlm seminggu kot, tak tukar baju kuning pun.

Aku suka time CUCI library :D Time tu mmg best gila rabak lah. DGN CIK JAH, BEWAN , BORHAN, DAN syiapa ya seorang lg namanya?


Gila punya cuci, main air macam nak BAH. Siram orang dari atas. Yahaha. Gila basah lencun aku hari tu. I'm having so much fun till it still can be felt today. (betul ke ayat tu?)


2) Curik-curik main hoki. Ada pemilihan hoki. Aku dan sekonyong-konyong rakan yg lain telah pergi ke pemilihan itu, beridola kan cik Syarul Azren serta determination to have a 'grays' hockey stick saya pergi ke pemilihan itu. I think i did my best but unfortunately cikgu Suzana time tu selalu ingat aku tak buat latihan, aku pun tak tau kenapa. Dia asyik tanya " awak dah buat ke belum" dah cikgu. saya dah buat. banyak kali kot. padahal aku buat semua yg dia suruh buat. Umm adakah sebab saya gemuk cikgu ingat saya curi tulang? Sedih ouhh. Kawan-kawan lain dapat aku tak dapat. Wan, Linda, ngn Nabila dapat bhaii.

Yelah mcm mana nak berkat umi ingat aku pergi sekolah agama tp sebenarnya aku pegi main hoki. Ayakk. Aku tak ingat bab ni, tapi umi kata umi pernah lempang aku. Umi kata sbb balik lambat,umi lempang depan rumah allahyarham Hj Rahman waktu tu. Kenapa aku boleh lupa ha? Sumpah tak ingat, Suppose benda-benda macam ni kena ingat kan? Tapi aku jarang nak ingat benda xbaik jadi kat aku atau benda-benda sedih time kecik-kecik dulu.

Kalau dah besar tu ingat la sikit. Itu pun tak ingat main reason benda tu jadi. Aku pun tak tau kenapa aku susah nak ingat. Even mimpi pun bukan senang aku nak ingat. Kalau best mimpi tu aku just tau, aku mimpi best tadi tp mimpi hape ar?

(okay dah menyimpang)

3)Takde hal pun dkt sekolah tp ajak farah pegi sek.rendah. lepak kat pondok guard
(gua kamceng ngn staff sekolah bhaii) borak-borak kosong.mcm fork kan perangai? astagfirullahalzim.

4) Aku pernah buat ritual bangang iaitu pemusnahan cincin yg dikatakan berhantu. Tah bangang apa masuk dlm otak aku. Aku pegi buat cerita yg cincin aku ni berhantu. Padahal tu cincin free beli gula-gula 20sen. So aku,farah farhan,dan siti nornadiyana (kalau lah dia google nama, ketahuilah saya ingat lg semua ni. kekeke) kitorang telah berlari-lari mengelilingi sebuah pokok besar dkt belakang pondok guard sekarang dah takde sbb dah ada building pink kat situ. So kitorang pusing-pusing pokok tu sambil selawat ke hape tah then campak cincin tu kat pokok tu. Kahkahkahakh tah hape benda la yg kiterang buat waktu tu.
Aku ingat lagi Safwan nampak, then dia cakap "apa yg korang buat ni? syirik-syirik"
hebat kan dia boleh mengeluarkan perkataan syirik time tu.
*safwan ialah jejaka hot kelas 3 kuning waktu tu.aku pun antara org yg crush on him. hahahha.

5)Time ni umi masuk wad, operation untuk buang 'sees' tak tau cmne nak eja. lama jugak umi warded. 2kali operate xsalah. Minor satu major satu. So aku telah menceritakan ttg hal ini kepada 2 sahabat baik waktu tu, farah dgn diyana. Dierang pun nangis sama dengar cerita aku. Then suddenly diearang bagi sorang 40sen kat aku time tu. So i was very touched. Tapi menggunakan duit tu, aku telah beli sesuatu untuk dihadiahkan kpd umi. Tak silap, ye mmg tak silap aku beli buku nota 2 ketul warna biru and kertas warna kaler oren . Aku balut n bagi kat umi. Hahahaha. Ape benda tah aku buat. Siap petik bunga orkid dpn rumah wan bg kat umi. hehehehe

Kenapa mesti buku nota? hahaha. dahlah aku sorok kat mana tau? takut ayah jumpa and marah aku membazir? aku letak bwh kain alas iron board. faham tak? kan iron board ada pengalas kan? aku selit bawah tu. and OF COURSE la ayah nampak. Derrr nak gosok baju kan? Kaw kaw la jumpa. hahahaha. tah kenapa la aku sorok kan kat situ. kekekeke

6)Bersama-sama farah farhan dan siti nornadiyana juga kami telah bercerita pasal politik. Hhahaha. Sungguh aku tak menipu ni. Time tu aku sokong Pas. hahahaha. Farah dgn diyana sokong BN. utk beberapa hari kitorg duk cakap2 la apa yg 'kitorang rasa kitorang tau' pasal parti tu. sedangkan kitorang 'memang tak tau apa-apa' darjah 3 doh. aku salin balik je apa yg orang cakap.

Yg mcm bangs nye, dah beberapa hari aku menginfluence diyana ngn farah dorg pun telah berkeputusan utk menyokong pas. hahaha the next day, borak-borak lagi pasal politik, suddenly farah cakap dgn nada yg sangat sebak ; " semalam aku nampak bendera pas terkoyak separuh, aku sedih sangat" hHhHhhHAHAHAHA. time tu aku pun sedih sama! tapi hari ni, aku gelak-gelak sambil menaip. gahahahaha. apahal lakitorang emo sangat bendera tu koyak. Aku ingat lagi farah siap lukis macam mana bendera tu.

*Farah berjaya lukis dgn jaya. dia hebat melukis. sumpah ! seni elit kott.

(Lokasi:belakang pondok pengawal)


6) Cerita ni aku tak ingat, ayah yang cerita haritu, time tu aku baik dengan Luqman. Kitorang la kaki reformasi kat sekolah. hahaha. ni mesti pengaruh mak bapak ouhh. padahal diorang bukan la terlibat ngn politik.mybe aku dengar ayah cerita dgn tuk ajid kot.


ceritanya mcm ni, hari tu ada kelas seni. semua orang disuruh lukis bendera. tak kesah lah bendera apa. so ramai la yg lukis bendera negeri sembilan. Sebab senang kan? mana yg hebat tu akan lukis bendera malaysia. tau tak aku lukis apa? ayah kata time tu ayah tunggu aku kat gajah menyusur (laluan pelajar) ayah nampak aku lambai-lambai ayah sambil pegang lukisan bendera tu. Orang lain semua pandang aku then pandang ayah...... (apahal?)


Aku lukis bendera PAS. HAHAHAHAHAAHAAHAHAHAHAH

ayah kata,aku kata; senang nak lukis and warna. bulat dan hijau gyaaaaa aigooooo

* time darjah 2. guru seni ; Pn. Zalina (cikgu favorite)





Okay apa lagi benda bangs yg pernah aku buat let me randomly type it here;

* nyanyi lagu JIKA-MELLY GOSLOW dgn anak cikgu Jamilah, dkt belakang dewan.

* pegi tgk Ezzah main ping-pong. tau tak aku pakai tudung dgn shorts. ya,allah sumpah aku tak tipu. shorts tu baru. bawah lutut, so aku dgn selambanya tarik seluar tu kebawah sikit agak ada la seinchi ternampak kaki bawah aku. dah la aku tukar baju tu time kat sekolah agama. sumpah orang pandang je aku. YA,ALLAH apalah yg aku fikirkan time tu?

*lagi? ummm, ponteng sekolah agama sebab g kecek kat cikgu yg aku nak g kursus
'generasi gemilang' anjuran puteri islam. but worth it. aku ngn Ezzah berjaya pergi. Wuuhu. Time kat pusat dakwah tu pun antara benda yg aku tak boleh lupa. ya sangat manis. Time aku aku glamour sikit sebab nama manja aku. Eyeww. Tak nak bagi tau. Tapi berjaya la memfofularkan aku ketika berada disitu. Dan ya, aku juga sempat carik gaduh dengan budak sekolah rahang. 3 orang eh yg aku gaduh kan. Perhh kecik-kecik lg dah berbakat jd mafia nehh.

*haqhahaha yang ni aku tak boleh lupaaaaaa ;

aku gaduh ngn Ezzah, then aku buat keputusan untuk......


"Hello Assalamualaikum, ini mak Ezzah ke? Saya ni kawan dia, Afiqah. Sya harap apa yang saya cakap ni tak menyinggung perasaan mak cik.

KAHAHAHAHAKAKAHKAHKAH. OKAY SAMBUNG

"anak mak cik ejek saya. Dia kata saya gemuk" kihkihkihkihkihkihkihkihkih

malu bodohh. apahal la aku pg telefon cik min?


hahaha tau tak cik min kata apa?


" oh ye ke? mak cik nak tanya ni, anak ni gemuk tak?"

aku jawab "a'ah" hihihihi


cik min : " macam ni lah, mak cik minta maaf sangat-sangat dgn anak/afiqah (tak ingat) nanti Ezzah balik nanti mak cik marah dia ya? "

budak gemuk : "oh ok. mintak maaf ya mak cik kalau mak cik tersinggung. okay assalamualaikum"



HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Jang kau ingat tak? mesti kau ingat kan? Time darjah 5. :D


aku ingat lagi the next two days kita baik balik kan? and kau ajak aku pergi rumah kau sebab nak lawat puteri nur asmida time tu.

Gila selamba aku boleh pegi rumah dia setelah aku call mak dia.

AND aku jugak ingat time pegi rumah Kau jang, bewan menganjing aku 'saya harap mak cik tak tersinggung dengan kata-kata saya" hahahahaha tp time tu aku tak rasa malu.

hahaha aku memang tak kenal apa itu malu time tu. kekekekeke

aku jugak ingat time tu, ayah kau baru beli pisto permainan yg tembak pakai bullet bulat kuning tu. sakit dohh. tp kau tak tembak aku pun. kau yg cerita benda tu sakit kalau kena.


ya aku juga ingat kau cuba meletakkan iron yg suam-suam kuku kat aku. tujuan saja-saja. aku ngn katrul lari lintang pukang time tu.


hari tu jugak kau cerita ngn aku yg kau baru dapat tau yg Raimi salah nyanyi lagu senario. suppose perkataan tu apa tah, tp Raimi nyanyi lain


Hai, hai, hai aku tak taula kenapa benda ni masuk dalam otak kekal aku. hahhhhhhhishh




Okay ape lagi benda bods yg pernah aku buat.



okay ingat.

Time ni kat Melaka;

Pergi water world a'famosa, aku ngn kak long telah menaiki slide yg gila panjang tu. and mungkin disebabkan laju sangat ke atau berat sangat ke. pelampung kitaorang terbalik. kak long cuba menyelamatkan pelampung tapi aku trauma gila kot waktu tu. so aku sambil berdiri pegang tepi slide tu and jerit sekuat hati.

"TOLONG. TOLONG SAYA. TOLONG. TOLONG SAYA " hahahahahahahahahahaha

kak long marah kot time tu, kak long kata tak payah lah. (just naik balik atas pelampung tu dah ok je rasanya) tapi aku exaggerating gila time tu.

nak tau apa jadi? seorang lifeguard yg bertubuh sasa telah memanjat tiang-tiang slide yg sumpah tinggi tu utk dukung aku bawak turun. Sumpah ini cerita benar.
Waktu tu ayah mud suppose tunggu kitorang exactly kat bawah tu but maybe kitorang tak turun-turun lagi and ada org lain pulak yg turun dulu (yes, there were few people who passing us and only can look at us tercengang-cengangly)


aku nangis gila kot time tu. trauma.


so bagi menenangkan fikiran ayah mud suruh aku duk kat tangga tepi tu je. Aku tak ingat macam mana kak long turun?

so nak dijadikan cerita, next to the slide yg aku naik tu there's another slide but with bumbung means slide yg terowong tu. Shit i hate that terowong dulu-dulu. Lemas aku kat dalam tu. Panjang slide tu sama ngn slide yg aku naik td.


So aku pandang je orang-orang yg turun dr slide tu. So aku telah ternampak seorang budak lebih kurang umur aku je, perhh terbaik la dia landing. muka masuk dalam semua tinggal kaki je kat atas. lama jugak lah dia cmtu. sumpah air tu dalam bagi ketinggian cam aku time tu mmg acup la. tht's why ayah mud tunggu kat bawah. aku cakap kat kak long " long, tengok budak tu. hebat gila"
lama jugak nak tunggu dia naik balik.


Dan dan je dia naik aku terus jerit 'ALIFF'

hahaha alep rupanya. Cousin aku. Adik kak long. Terus je ayah mud g kat dia pegi ambik dia. sama-sama kitorang menenangkan diri kat tangga tu. Lepas tu kitorang terus main kat tempat lain. Tak main side tu dah.

peh bila boleh pegi lagi ni?

*time ni kalau tak salah time darjah 2/3/4 la.



Okay penat dah. Tapi adik cakap: "kamu tulis tak pasal baju tersangkut tu?"

hah? oh hahahaahahha. belum.


pasal baju tu tak salah aku time aku 4 tahun. umi kata " adik, pakai baju yg umi dah sediakan ni, umi pegi kedai depan tu saja. pergi beli breakfast. adik duduk dgn ayah tau." maybe sebab aku lasak sangat and maybe time tu umi takut breakfast habis. umi sediakan baju lain. tapi aku pegi ambik baju favourite aku. baju dinosour tu. memang sah-sah tak muat lagi. ya membesar dgn jayanya. pehh tersangkut la pulakkkkkkkkk.


maka dengan baju yang cuma sebelah tangan sahaja yg berjaya masuk and yg lagi satu separa masuk dan STUCK.serta berseluar kuning kot. aku berlari keluar rumah menjerit "umiiiiii"
sebab aku dah lemas. hahahaha gila memalukan !

umi: "astagfirullahalazimmmmmmmmmm"



hahaha seronok teringat masa kecik-kecik dulu. Buat salah pun tak apa sebab tak pe.


Dah besar ni, Tak logik nak buat perkara-perkara tu lagi.

Oh bagusnya jadi budak-budak :')

Entri bodoh 2

pada suatu hari telah saya berjalan-jalan ke casa moda. Saya telah berjumpa dengan cik meeya dan adiknya yang comel encik nabil. perh nabil mulut manis ya? " kak, cantik warna ni dgn akak sesuai je. cuma jarang sikit " wahh nabil panggil umi kak ye? habis kawan kak meeya awak ni nk panggil hape? kekeke. cool la nabil, sabar gile. setelah membeli belah tanpa menyedarkan diri, kami telah berjalan pula ke jusco yg tak jauh daripada casa moda.


Apa lagi, cari sushi :)

Tetapi saya telah menjumpai sesuatu yang lebih menarik :))

WHOAAAA MY CHEM DAHH KELUAR ALBUM BARUUUU


tak tau pulak dah keluar bhaii :D



Maka pulang sahaja ke rumah lantas ku meng'on' wireless dan terus ke 4shared;

my chemical romance- na na na gahhhahhhhh. TERBAIK


well ther's some fans who really despise this album, they said that ;

this is pop you fuck. kekeke. chill lahh

it just a new version of my chem. so far i don't have problem with it.

I admit that this album is way way tooo different with the other albums.
Alah, i notice this changes start daripada 3 cheers 4 sweet revenge lagi kot.
First yg i brought you my bullet, you brought me your love mmg gila cool la.
second 3 cheers 4 sweet revenge tu still cool gila lagi.
tp time the black parade tu byk jugak lagu die x berapa nak MCR.

ramai yg suka i don't love you dgn teenagers (cro suke) tp tp tp
bagi i tu antara selemah-lemah lagu mereka. kekeke


i suka this is how i disppear :)

and paling penting 3 cheers semua lagu dia best gila babass.




satu lagi penemuan, i baru tau yg kat jusco ada korean cuisine. gila la tak tau pun


so hari tu i telah makan kimchi fried rice :)





na na na na na na na na na na na na na na na na na na na na na na na na na